Tuesday, January 24, 2012

1.3. Pemilihan Klon Tanaman Durian

Pokok Durian Klon yang terpilih mempunyai keistimewaan rasa yang berkualiti dan tekstur yang terbaik. Oleh itu, sebelum penanaman dilakukan, eloklah kalau difikir2kan apakah jenis klon yang sesuai dan terpilih untuk ditanam dikebun.
Disini ada saya nyatakan klon yang terpilih dan terbaik. Pilihan ditangan anda.


  1. Durian D2 - Dato Nina / buah isi oren, tebal dan rasa lemak krim
  2. Durian D7  - Isi kuning dan rasa lemak manis
  3. Durian D10  - Isi kuning dan tebal, rasa lemak manis , buah lebat
  4. Durian D24   - Rasa lemak manis dan sedikit pahit, isi tebal dan kadangkala meragam/mengkal
  5. Durian D84  - Rasa lemak manis dan isi tebal, banyak buah
  6. Durian D96  - Bangkok A, rasa lemak krim dan isi tebal serta warna isi oren.
  7. Durian D99 -  Kop kecil, rasa lemak manis dan isi sederhana tebal, warna isi kuning
  8. Durian D101  - Rasa lemak dan manis sedikit pahit, tekstur lembut dan warna isi kuning
  9. Durian D123 - Chanee , rasa lemak dan manis. isi tebal
  10. Durian D118  - durian tembaga , isi tebal dan rasa lemak dan manis.
  11. Durian D145  - Beserah , isi tebal dan lemak manis. warna isi kuning.
  12. Durian D158  - Kan Yau/Tangkai panjang - rasa lemak manis dan isi tebal.
  13. Durian D159   - Monn thong - bantal emas , rasa isi lemak dan manis, isi tebal dan sedikit lembik
  14. Durian D168   - Hajah hasmah/MAsmuar - rasa yang lembut, lemak, manis dan sedikti pahit dan isi tebal
  15. Durian D169   - Tok litok  - rasa lemak krim dan isi tebal tetapi sedikit lembik
  16. Durian D175  - Udang merah  - rasa lemak , manis dan krim. isi tebal dan warna kuning oren.
  17. Durian D187  - MDUR 78 , rasa lemak manis dan isi tebal, warna isi kuning dan pejal.
  18. Durian D190  - Mdur 88 , isi tebal, rasa lemak manis dan warna isi kuning oren
  19. Durian D197  - Musang king/raja kunyit  , rasa lemak, manis, pahit isi kuning

Sistem Campuran/Kombinasi Klon terpilih
Sebelum penanaman dilakukan, perlu ditentukan peratus pokok klon terpilih dan pokok bagi pendebungaan adalah seperti yang berikut.:

Pokok klon terpilih/utama  - 60 % Klon seperti diatas
Pokok Klon pendebungaan - 30 %  Klon yang banyak mengeluarkan bunga dan buah( D8, D7, D84,D66)
Pokok tempatan                    - 10% Pokok kampung terpilih/pokok durian dari baka thailand

Benih pokok boleh didapati samada di UPM, MARDI, Jabatan Pertanian, Nurseri Swasta dan agensi kerajaan yang lain.

11 comments:

  1. Salam....Tanah yang dah ditaman kelapa sawit tapi dah tua, sesuai ke nak dijadikan kebun durian? Kalau sesuai, macam mana nak start? Kena tebang kelapa sawit dulu ke?? Atau boleh terus taman durian??? Terima kasih atas jawapan tuan.

    ReplyDelete
  2. salam..Pokok durian memerlukan kawasan yang lapang dan tidak bernaung. Sekiranya ada pokok kelapa sawit, tuan perlu menebang terlebih dahulu dan kemudiannya menanam dengan sistem empat segi sama denga jarak 10 m x 10m.

    ReplyDelete
  3. salam...nak tanya sikit dalam banyak baka durian yang di atas itu mana top sekali dalam pasaran??? baka tangkal panjang ok x?? baka mana yang sedap dan isi banyak(ulas banyak)???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, klon durian yang disyorkan untuk ditanam ialah D168 ( Masmuar ), D175 ( Udang Merah), D145 ( beserah ), D197 ( Musangg King ), D158 ( tangkai panjang )- buah yang sedap, D2 ( dato nina ), D99 ( Kop kecil) - buah yang lebat, Mdur 79 dan Mdur 78.Ianya hanya cadangan sahaja.

      Delete
  4. Kenapa tidak disenaraikn klon D200 duri hitam/ochee,D160 tekar dan D163 horlor? Ini klon tbaik dan mahal harga buahnya selain D175 red prawn dan D197 musang king.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pd pendapat sy klon-klon yg dicadangkan telah terbukti mampu untuk bertahan daripada serangan penyakit yg biasa menyerang pokok durian. Berbanding klon-klon yg tidak disenaraikan walaupun nilai pasaran buah tersebut adalah mahal.

      Delete
  5. Salam..nak bertanya..apakah tujuan 60% klon utama 30% klon bnyk bunga dan 10% klon tempatan..?

    Ada kesan dari segi jumlah buah klon utama?..atau kesan terhadap rasa buah klon utama?..

    Apa akan berlaku jika 100% ditanam dgn satu klon sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk cross pollination supaya dapat buah lebih banyak dan berkualiti.

      Delete
  6. Salam.
    Bekas tapak sawah kering, boleh ke tanam durian? Perlukah Saya pulihkan tanah keseluruhannya atau cukup sekadar lubang tanaman anak durian sahaja. Klon apa yang sesuai dengan tanah Jeni's ini?

    ReplyDelete
  7. Saya bercadang untuk menanam kombinasi seperti dibawah dan pendapat tuan amat dihargai.

    MDUR 88 (D190) - 60% @ utama
    MDUR 78 (D189) - 30% @ pendebungaan
    MDUR 79 (D188) - 10% @ variety ketiga

    ReplyDelete