Sunday, January 22, 2012

Siri 1.2- Pokok Durian

Pokok Durian Klon

Buah durian klon/kahwin menjadi pilihan utama dikalangan pengemar durian terutama buah yang amat dikenali sebagai musang king, masmuar, udang merah, MDUR, Tok litok, Durian tembaga dan banyak lagi. Durian klon ini memang mempunyai rasa yang sangat berkualiti tinggi, diminati dan terbaik dari ladang. Tidak hairanlah kalau harganya melambung tinggi dan diminati oleh ramai orang kerana rasanya yang bagus.
Pokok durian klon juga sangat mahal dipasaran dari harga RM 12 hingga RM 50 sepokok bergantung kepada ketinggian pokok. Tetapi di UPM harganya hanyalah sekitar RM 8 sepokok.

Pokok durian klon yang ditanam mengambil masa 5 hingga 7 tahun selepas ditanam dikebun/ladang. Dengan penjagaan yang baik dan berterusan mampu memberikan pulangan yang baik dan bermusim. Musim yang utama pada bulan Jun, julai dan ogos dan musim yang kedua pula pada bulan Okt, N0v dan Disember.

Klon durian yang didaftar kini ada 197 klon diJabatan Pertanian. Klon yang pertama bermula dari D1 hingga D 197 , pendaftaran klon akhir ialah tahun 1993. hingga kini masih belum ada yang didaftarkan lagi.
Klon durian yang sangat popular ditanam dikebun/ladang ialah seperti D2, D7, D99,D24, D96, D99, D101,D155,D58,D159,D160,D168,D169, D175 dan D190 dan D197 dan banyak lagi.

Sehingga kini pasaran durian masih tinggi dan laris terutama pada musim yang utama dan menjadi sumber penjanaan pendapatan dikalangan petani dan pengusaha durian.

Harga Buah durian Musang King - diantara RM 25-RM 35 sekilogram

Harga Buah durian Udang Merah - Diantara RM 25- RM 30

Harga Mas Muar - Diantara RM 8 hingga RM 20 sekilogram

Harga Durian Kampung - RM 2 hingga RM 15 sekilogram

DI upm harga Durian adalah tetap iaitu RM 4- 5 sekilogram

5 comments:

  1. NAK TAHU BOLEKE KITA DAPAT HARGA RM8 TU KAT UPM SEKARANG NI?TAKKAN MURAH SANGAT KOT...JAUH BENAR HARGANYA NGAN ORANG JUAL KAT PASAR2,EXPO...

    ReplyDelete
  2. Harga di UPM sekilogram RM 5/Gred A. Buah durian tidak digred dan dijual secara borong. Musim nov dan disember tahun 2012. Boleh hubungi Pusat Jualan Taman Pertanian UNiversiti, UPM 03-89471398 untuk keterangan lanjut.

    ReplyDelete
  3. Sekarang ini musim buah durian UPM.Boleh datang.

    ReplyDelete
  4. durian d197 atau musang king ni durian kahwin ke?

    ReplyDelete
  5. Saya dari brunei, ada tak penghantaran untuk ke Brunei.. saya nak durian D197. nama saya zyrul

    ReplyDelete