Thursday, February 2, 2012

1.8 - Penghasilan buah durian sepokok

Pokok Durian mula mengeluarkan hasil/buah selepas 5 hingga 7 tahun ditanam dikebun dan ia juga bergantung kepada penjagaan rutin yang sempurna, profail tanah/kesuburan tanah yg tinggi dan juga cuaca/iklim semasa yang sesuai untuk pembesaran buah durian.

Pokok durian mampu menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti dengan mengambilkira juga faktor seperti pemilihan jenis klon yang ditanam, penjagan yang baik seperti membaja, memangkas, kawalan rumpai, kawalan penyakit serta perosak yang dilakukan secara berterusan dan mampu mengawal daripada merebak atau menyebabkan pokok mati/bermasalah.

Sebatang pokok durian yang mula berbuah adalah seperti penghasilan yang berikut ;
  1. 7 tahun lepas tanam pengeluaran buah durian ialah 5-20  biji
  2. 8 tahun lepas tanam pengeluaran buah durian ialah 10 - 30biji
  3. 9 tahun lepas tanam pengeluaran buah durian ialah 20 - 40 biji
  4. 10 tahun lepas tanam pengeluaran buah durian ialah 30-50 biji
  5. selepas 11 tahun dan keatas , buah durian akan meningkat 50 - 100 biji atau lebih
In merupakan anggaran pengeluaran buah secara kasar, pengeluaran sebenar adalah bergantung kepada jenis klon, umur pokok, faktor iklim semasa dan penjagaan pokok dan buah.