Monday, December 20, 2010

Pokok mangga

POKOK MANGGA

PENGENALAN
Tanaman mangga boleh dikategorikan kepada buah-buahan yang bermusim dan   banyak ditanam di kawasan seperti di Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Melaka. Kebiasaanya, terdapat dua musim bagi pokok mangga iaitu musim utama pada bulan April, Mei, Jun dan musim kedua iaitu bulan September, Oktober dan November.
Nama saintifik bagi mangga ialah Mangifera indica Linn yang tergolong dalam famili Anacardiaceae. Selain itu, buah mangga juga di kenali sebagai Buah Mempelam di Negeri Kedah , Buah Asam pula di Negeri Johor  dan Buah Pauh di Negeri Kelantan.

Pokok mangga mula mengeluarkan buah pada tahun pertama hingga tahun kelima selepas ditanam, ianya juga bergantung kepada jenis klon yang ditanam. Tempoh buah mangga boleh di petik adalah di antara 110 hingga 150 hari selepas pendebungaan bergantung kepada klon yang tertentu. Bagi kematangan buah mangga, ianya boleh dilihat pada perubahan warna yang ketara dari warna hijau ke hijau kekuningan bergantung kepada klon.

Jarak tanaman yang sesuai bagi pokok mangga ialah 7 m x 7 m atau 9 m x 9 m dengan sistem segi empat sama. Klon buah mangga yang ditanam di ladang UPM ialah MA 224 ( Chok Anan ), MA 223 (Nam Dok Mai ), MA 194 ( Apple), MA 128 ( Harumanis ) dan banyak lagi.

Kebiasaannya buah mangga dimakan segar dan boleh juga dijadikan produk seperti jus, jeruk, halwa dan lain-lain. Buah mangga sangat berkhasiat, manis, enak dan mengandungi Vitamin A, C, B2 dan B3.



Pokok nangka

POKOK NANGKA

PENGENALAN

Buah Nangka adalah tergolong dari famili Moraceae dan ianya amat sesuai ditanam dikawasan tropika. Musim berbuah boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok. Ianya berbuah sepanjang tahun dengan mula mengeluarkan hasil yang baik selepas 3 tahun ditanam.
Nama saintik bagi pokok nangka ialah Artocarpus Hytereophylus. Manakala jarak tanaman yang sesuai bagi pokok manggis ialah 9 m x 9 m dengan menggunakan sistem segiempat sama.
Bagi anak pokok nangka yang baru ditanam, kerja penyelenggaraan seperti kerja menyiram, kawalan rumpai, pembajaan, pemangkasan dan kawalan penyakit serta perosak perlu dilakukan secara berterusan bagi menjamin pengeluaran buah yang baik dan berkualiti.
Pokok nangka mudah dibiak dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas. Pokok yang berjaya dicantum perlu diletakkan dibawah naungan dan sesuai ditanam apabila pokok berumur 5 bulan dan keatas selepas dicantum.
Pokok Nangka yang disyorkan ditanam adalah seperti J27, J29, J30, J31, J33, Nangka Mastura USM 2000, CJ 3 dan CJ 6. Buah nangka boleh dimakan segar dan diproses.

Pokok durian

PENJAGAAN POKOK DURIAN

PENGENALAN

Pokok Durian mempunyai dua musim buah yang utama dalam setahun iaitu pada bulan Jun hingga Ogos bagi musim pertama dan musim berikutnya pada bulan November hingga Januari.
Durian tergolong dalam famili Bombacaceae dan nama saintifiknya ialah Durio zibethinus Murr.

Di kalangan penggemar buah-buahan tempatan, buah Durian dikenali sebagai Raja Buah disebabkan ianya mempunyai rasa yang pelbagai dan unik serta bau yang kuat. Diantara klon buah Durian yang amat popular dan digemari ialah seperti klon D2 ( Dato Nina ), D7, D24 , D99 ( Kop Kecil ), D101 ( IOI ), D168  ( Mas Muar/ Hajah Asmah ) , D159 ( Moon Thong), D175 ( Udang Merah ), dan D197 ( Raja Kunyit ).

Bagi pembiakan pokok durian pula, ianya mudah dibiak dengan menggunakan kaedah Cantuman Matatunas dan Baji. Ianya dibiak dengan menggunakan pokok penanti dan matatunas dari pokok baka yang terpilih. Selepas cantuman, pokok yang telah berjaya dicantum boleh ditanam diladang apabila mencapai umur 7 bulan ke atas. Pokok durian boleh mengeluarkan hasil apabila mencapai umur kematangan, iaitu 5 tahun hingga 7 tahun selepas penanaman.
Buah durian mempunyai pelbagai rasa seperti rasa lemak, manis, pahit dan berkrim.