Monday, December 20, 2010

Pokok mangga

POKOK MANGGA

PENGENALAN
Tanaman mangga boleh dikategorikan kepada buah-buahan yang bermusim dan   banyak ditanam di kawasan seperti di Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Melaka. Kebiasaanya, terdapat dua musim bagi pokok mangga iaitu musim utama pada bulan April, Mei, Jun dan musim kedua iaitu bulan September, Oktober dan November.
Nama saintifik bagi mangga ialah Mangifera indica Linn yang tergolong dalam famili Anacardiaceae. Selain itu, buah mangga juga di kenali sebagai Buah Mempelam di Negeri Kedah , Buah Asam pula di Negeri Johor  dan Buah Pauh di Negeri Kelantan.

Pokok mangga mula mengeluarkan buah pada tahun pertama hingga tahun kelima selepas ditanam, ianya juga bergantung kepada jenis klon yang ditanam. Tempoh buah mangga boleh di petik adalah di antara 110 hingga 150 hari selepas pendebungaan bergantung kepada klon yang tertentu. Bagi kematangan buah mangga, ianya boleh dilihat pada perubahan warna yang ketara dari warna hijau ke hijau kekuningan bergantung kepada klon.

Jarak tanaman yang sesuai bagi pokok mangga ialah 7 m x 7 m atau 9 m x 9 m dengan sistem segi empat sama. Klon buah mangga yang ditanam di ladang UPM ialah MA 224 ( Chok Anan ), MA 223 (Nam Dok Mai ), MA 194 ( Apple), MA 128 ( Harumanis ) dan banyak lagi.

Kebiasaannya buah mangga dimakan segar dan boleh juga dijadikan produk seperti jus, jeruk, halwa dan lain-lain. Buah mangga sangat berkhasiat, manis, enak dan mengandungi Vitamin A, C, B2 dan B3.



1 comment:

  1. y cant i right click and copy this?...dtp Pahala xnak

    ReplyDelete