Antara pokok buahan yang sering mendapat permintaan yang tertinggi ialah seperti berikut.:
1. Pokok Durian
2. Pokok Rambutan
3. Pokok Mangga
4. Pokok Pulasan
5. Pokok Cempedak
6. Pokok Nangka
7. Pokok Dokong
8. Pokok Manggis
9. Pokok Longan
10. Pokok Limau madu/kasturi/nipis
11. Pokok Jambu air
12. Pokok Jambu batu
13. Pokok Sukun
14. Pokok Delima
15. Pokok Petai
16. Pokok Belimbing madu
17.Belimbing buluh
18 Pokok Nadir
Thursday, June 16, 2011
DURIAN D197
Durian D197 dikenali sebagai raja kunyit atau musang king yang amat popular kini, ia merupakan klon yang terakhir didalam senarai klon durian dimalaysia yang didaftar dengan nombor pendaftaran 197.
Diantara klon durian yang popular di semanjung ialah D168, D197,D159, D24,D2,D175, D148,D190,D188 dan lain-lain lagi.
Anda boleh rasakan kenikmatan buah durian apabila berada dikebun durian dengan mencari dan mengopek buah durian yang baru sahaja gugur. oleh itu, digalakkan menanam durian dengan pelbagai klon.
Diantara klon durian yang popular di semanjung ialah D168, D197,D159, D24,D2,D175, D148,D190,D188 dan lain-lain lagi.
Anda boleh rasakan kenikmatan buah durian apabila berada dikebun durian dengan mencari dan mengopek buah durian yang baru sahaja gugur. oleh itu, digalakkan menanam durian dengan pelbagai klon.
Tuesday, April 5, 2011
Kajian klon durian pertingkat kualiti
Durian telah ditemui di rantau Asia Tenggara terutama di Brunei, Indonesia dan Malaysia dan mula dikenali di dunia Barat lebih 600 tahun lalu.
Pada abad ke-19, pakar alam sekitar British, Alfred Russel Wallace menggambarkan durian sebagai sejenis makanan yang kaya dengan isi dan mempunyai aroma cukup kuat.
Isi durian boleh dimakan mentah, sebagai perisa dalam masakan, digunakan sebagai manisan malah biji juga boleh digunakan dalam masakan.
Durian yang dikenali sebagai raja buah mempunyai saiz sehingga 30 sentimeter (sm) dengan berat mencapai tiga kilogram (kg).
Isinya mengeluarkan aroma menusuk walaupun sebelum dibuka. Ada yang menggemarinya, tetapi ada juga yang mendapati baunya kurang menyenangkan.
Sebab itu durian tidak dibenarkan dalam pengangkutan awam dan hotel.
Tetapi disebabkan permintaan terhadap raja buah ini cukup tinggi, maka kajian untuk menghasilkan durian yang terbaik juga tidak pernah terhenti.
Kajian mengenai durian di negara ini bermula sejak zaman penjajahan British dengan Jabatan Pertanian sebagai badan yang bertanggungjawab dalam penyelidikan.
Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Pusat Pembangunan Komoditi, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Ramli Md. Afandi, berkata semasa zaman penjajahan British kajian melibatkan pengumpulan koleksi durian.
“Malah pendaftaran durian D1 telah mula dilakukan pada tahun 1934 yang berasal dari Ulu Langat, Selangor.
“Manakala D2 atau Datuk Nina yang berasal dari Melaka juga didaftarkan pada tahun yang sama,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Selangor.
Ini bermakna kajian berkaitan dengan durian telah dijalankan seawal 1900 oleh kerajaan British ketika itu.
Semuanya menjurus kepada pengumpulan, tanaman dan pemilihan durian yang terbaik dari segi hasil, rasa, warna dan isi yang tebal.
Ekoran itu Jabatan Pertanian mempunyai ladang komersial atau ladang contoh bagi mengumpulkan semua koleksi durian dari seluruh negara.
Kebanyakan durian dikenali dengan nama biasa serta nombor kod yang bermula dengan huruf D.
“Kini terdapat 73 klon yang ditanam di Serdang termasuk durian hutan bermula dengan D2 sehingga kepada D197.
“Bukan semua klon durian yang dikaji dapat disimpan kerana ada yang telah hilang atau luput,” katanya.
Kini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi mencari semula klon-klon kerana sebelum ini sebahagian besar yang ditanam di Ulu Paka, Terengganu banyak yang mati dan hilang.
Dalam program pengeluaran benih, Jabatan Pertanian menerusi Jawatankuasa Pengesyoran Kultivar mencadangkan durian yang terkenal dan disyorkan untuk ditanam oleh jabatan tersebut adalah D24, D99, D145, D168, D158, D159, D123 dan D144.
Bagaimanapun bukan semua orang menggemari klon durian yang sama. Misalnya di Kelantan, mereka menggemari MusangKing, Johor D168 atau 101, Pahang dengan D145 manakala Perak terkenal dengan D24.
Jabatan Pertanian mempunyai beberapa stesen yang menjalankan penyelidikan berkaitan durian seperti di Stesen Air Hitam, Johor; Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Goh, Pahang, Ajil di Terengganu dan Batang Merbau di Kelantan.
Bagaimanapun durian banyak ditanam di negeri Johor, Perak dan Pahang.
Wednesday, March 23, 2011
Jambu Air Madu
PENGENALAN
Jambu air madu tergolong didalam keluarga Myrtaceae dan nama botaninya ialah Syzygium aqueum.
Buah jambu mempunyai potensi yang tinggi untuk dimajukan dan mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pengemar buah-buahan tempatan. Kebiasaanya buah jambu air dimakan segar kerana mempunyai rasa yang sederhana manis /manis, sangat lembut dan rapuh.
Pokok jambu air madu mudah dibiak dengan menggunakan kaedah pembiakan secara tut (pengakaran). Pembiakan secara tut ini amat mudah dan senang dilakukan samada menggunakan tanah campuran (dikepalkan) atau media pengakaran (jiffy7). Kebiasaanya pembiakan tut mengambil masa 30-45 hari untuk mengeluarkan akar dan pindahkan kedalam polibeg kecil.
Untuk tanaman di kebun, jarak tanaman yang disyorkan ialah 4 m x 4 meter dengan menggunakan sistem segiempat sama. Kepadatan pokok untuk sehektar ialah 625 pokok.
Antara klon jambu air yang banyak ditanam di ladang UPM ialah jambu air merah, jambu air hijau, jambu air kristal, jambu air semarang dan lain-lain.
Pokok jambu air mula mengeluarkan buah secara produktif pada mula 1 hingga 3 tahun selepas penanaman. Penjagaan yang teratur dan sempurna dapat menjamin kualiti buah terbaik dan bermutu tinggi.
Thursday, February 24, 2011
LIMAU MADU
LIMAU MADU
Nama saintifik bagi Limau Madu ialah Citrus suhuiensis dan ianya tergolong dalam keluarga Rutaceae.
Pokok limau madu merupakan tanaman yang berpotensi tinggi untuk dimajukan dan mendapat permintaan yang mengalakkan dikalangan peminat buah-buhaan tempatan. Ini kerana buah limau madu mempunyai rasa yang manis, kandungan jus yang tinggi, saiz buah yang baik dan kurang mempunyai serat serta hampas.
Tanaman limau tidak mempunyai musim yang utama tetapi pengeluaran buah limau adalah berdasarkan kepada keadaan iklim semasa, bentuk mukabumi dan kesesuaian tanah.
Bagi penanaman pokok limau madu pula, perkara yang perlu dititikberatkan ialah penentuan jarak dan sistem tanaman. Jarak tanaman yang disyorkan untuk tanaman limau ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segiempat sama. Kepadatan pokok bagi keluasan sehektar ialah 277 pokok.
Pokok limau madu boleh dibiak dengan menggunakan kaedah pembiakan tut
( pengakaran ). Pembiakan tut ini biasanya mengambil masa lebih kurang 30 - 45 hari untuk mengeluarkan akar dan seterusnya dialihkan ke dalam polibeg kecil.
Secara umumnya, pokok limau madu mula mengeluarkan hasil pada umur 2 hingga 3 tahun selepas di tanam dan pengeluaran buah amat bergantung kepada penjagaan yang sempurna dari awal penanaman sehingga mula berbuah.
Varieti limau yang ada ditanam di kawasan ladang UPM ialah Limau Madu dan Limau Langkat.
TANAMAN SUKUN
POKOK SUKUN
PENGENALAN
Pokok sukun berbuah sepanjang tahun namun pengeluaran bunga meningkat sekitar Februari Mac dan Julai/Ogos. Pengutipan hasil dijangka selepas dua bulan berbunga iaitu April/Mei dan September/Oktober. Sukun mula mengeluarkan hasil setelah lebih dua tahun ditanam dan berat sebiji buah sukun dianggarkan satu hingga tiga kilogram.
Sukun tergolong di dalam famili Moraceae, genus Artocarpus dan nama saintifiknya adalah Artocarpus communis; sama genusnya seperti nangka dan cempedak. Pokok sukun dipercayai berasal dari Polinesia dan banyak terdapat di kawasan tropika seperti di Sri Lanka, Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik termasuk di negara kita.
Kandungan karbohidrat yang tinggi pada buah sukun boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Di Kepulauan Polinesia, sukun merupakan makanan ruji penduduknya. Kepingan sukun disalut tepung yang digoreng amat popular di negara kita sebagai hidangan minum petang. Di samping dijadikan kuih-muih, industri hiliran seperti kerepek, cips, jem dan biskut mula mendapat pasaran di negara kita.
Bagi pembiakan pokok sukun pula, ianya mudah dibiak dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas dan tut (markot). Bagi kaedah cantuman matatunas, ia dibiak dengan menggunakan pokok penanti dan matatunas dari pokok baka yang terpilih. Manakala kaedah tut pula, matatunas pada dahan/ranting yang baik dan sihat dipilih untuk dibuat tut. Bagi cantuman matatunas atau tut yang berjaya, anak pokok sukun boleh ditanam di kebun apabila mencapai umur tujuh hingga 12 bulan.
TANAMAN GAJUS
PENJAGAAN POKOK GAJUS
PENGENALAN
Pokok gajus dipercayai berasal dari Brazil telah diperkenalkan di India pada abad ke 16 dan seterusnya meluas ke negara subtropika dan tropika termasuk di negara ini. Pokok gajus banyak ditanam di kawasan pantai timur Semenanjung terutama di negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Gajus tergolong di dalam keluarga Anacardiaceae dan nama saintifiknya adalah Anacardium occidentale.
Pokok gajus biasanya mula berbuah setelah berumur tiga tahun. Ia mula berbunga pada bulan Februari hingga April dan berbuah pada bulan Mei hingga Julai. Pokok gajus dijangka produktif selama 15 hingga 20 tahun.
Buah gajus boleh dimakan segar mahupun dijadikan sebagai sebahagian inti kerabu atau diproses menjadi cuka. Biji gajus yang digoreng, dipanggang dan dimasinkan sangat popular sebagai makanan ringan. Biji gajus panggang juga biasa didapati di dalam aiskrim, biskut dan kek malahan di dalam masakan cina dan siam. Pucuk gajus sangat digemari sebagai ulam di kalangan masyarakat di negara ini yang dipercayai dapat mengurangkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan menyembuhkan ulser dalam mulut.
Pembiakan pokok gajus adalah dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas dan semaian bijibenih. Kaedah cantuman matatunas memerlukan pokok penanti berumur tiga hingga tujuh bulan, ranting matatunas dari pokok yang diketahui baik bakanya, pisau cantuman dan pembalut lutsinar. Teknik mencantum yang betul dapat menentukan daun baru tumbuh di matatunas yang telah dicantum.
Bagi pembiakan secara semaian bijibenih pula, biji gajus dari pokok yang baik bakanya dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai. Apabila dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg.
Setelah cantuman matatunas dan semaian bijibenih yang dibiak telah hidup dengan baiknya, ia perlu diberikan naungan dan penjagaan yang sempurna selama lapan hingga 12 bulan sebelum sesuai ditanam di kebun.
Tip Penjagaan
Tip penjagaan yang dapat dikongsi untuk ruangan kali ini ialah seperti yang berikut:
Pengairan
§ Pokok gajus perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan vegetatif yang cepat dan aktif.
§ Anak pokok gajus memerlukan pengairan untuk tempoh dua hingga tiga bulan selepas penanaman kerana akar serabut belum berfungsi sepenuhnya untuk mendapatkan air.
§ Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, adalah digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan.
§ Naungan dengan menggunakan pelapah kelapa sawit/kelapa di peringkat permulaan penanaman sangat digalakkan bagi mengurangkan anak pokok terencat pertumbuhannya dan pemeluwapan air ke udara. Naungan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga anak semakin dewasa.
Pengawalan rumpai
§ Kawalan rumpai dijalankan sebelum kerja pembajaan dilakukan dan semasa musim berbuah supaya mudah mengutip biji gajus yang telah gugur ke tanah.
§ Kawalan rumpai secara manual dengan menggunakan cangkul pada peringkat awal pertumbuhan pokok gajus dapat membantu mengawal rumpai yang tumbuh di sekelilingnya. Di samping itu, sungkupan dengan menggunakan rumput kering atau hampas kelapa sawit turut dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan memudahkan kerja penyelenggaraan seperti pembajaan.
§ Rumpai juga boleh dikawal dengan menggunakan racun kimia yang mempunyai bahan aktif paraquat atau glyphosate. Pemilihan racun kimia bergantung kepada jenis rumpai yang tumbuh dan kesesuaian umur pokok gajus. Kekerapan semburan ialah di antara tiga dan empat kali setahun.
Pembajaan
§ Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan vegetatif pokok gajus.
§ Kadarnya adalah 120 gram ketika pokok berumur satu hingga enam bulan, 230 gram ketika pokok berumur tujuh hingga 12 bulan, 300 gram ketika pokok berumur 13 hingga 18 bulan, 350 gram pada ketika pokok berumur 19 hingga 24 bulan dan 450 gram mulai pokok berumur 25 bulan.
§ Pembajaan pokok gajus dewasa dijalankan sebelum musim pokok gajus berbunga iaitu pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober.
§ Kaedah pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.
Pemangkasan
§ Pokok gajus tumbuh dengan pesatnya ketika pokok berumur dua tahun dengan pertumbuhan dahan dan ranting baru.
§ Dahan yang rendah hendaklah dipangkas. Pangkas juga dahan dan ranting yang tidak produktif, ranting yang melempai ke tanah, dahan yang mati dan berpenyakit.
Kawalan penyakit dan perosak
§ Ulat pemakan daun, ulat pengorek batang dan anai-anai adalah beberapa perosak dikenalpasti menyerang pokok gajus. Kawalan yang disyorkan menggunakan racun serangga dengan bahan aktif methamidophos atau malathion.
§ Penyakit antraknos boleh menyebabkan pengurangan hasil dari pokok gajus. Kawalan kulat pembawa penyakit ini dengan mengunakan racun kulat dapat mengurangkan penyakit ini di kawasan tanaman gajus.
§ Bancuhan dan kekerapan penggunaan racun serangga dan kulat hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan pada label supaya dapat pengawalan yang terbaik dan berkesan.
§ Kebersihan persekitaran kawasan kebun hendaklah sentiasa dijaga bagi mengelakkan menjadi perumah kepada ulat dan serangga perosak.
Subscribe to:
Posts (Atom)