Monday, January 27, 2014

Pengurusan Kebun berskala kecil

Pengenalan
Sektor pertanian semakin mendapat tempat dan perhatian untuk menjana pendapatan ekonomi individu terutama kepada yang mempunyai tanah yang boleh diusahakan samada berskala kecil atau besar.Ini semua tergantung kepada minat dan peluang yang boleh diperolehi samada secara sendirian, bantuan kerajaan atau usahasama. Penjanaan ekonomi melalui pertanian adalah selalunya bersandarkan kepada perniagaan dapat membantu meningkatkan produktiviti hasil pertanian dan pendapatan petani, tidak kira apa juga projek yang diusahakan.
Jesteru itu, pengurusan kebun yang baik dan terurus boleh menambahkan hasil buah-buahan atau komoditi ladang dengan  mengetahui selok-belok penyelenggaran ladang yang sistematik dan terbaik.



Pengurusan kebun
Keluasan tanah yang kurang dari 10 ekar adalah boleh diistilahkan sebagai kebun kecil dan boleh mendapat bantuan subsidi daripada kerajaan terutama skim baja, pokok, khidmat nasihat dan sebagainya.
                                                                                        Buah Dokong

Penyelenggaran kebun yang biasa menjadi rutin ialah meracun rumpai, kawalan serangga, memangkas, menebas dan menuai hasil. Ini merupakan kerja yang menjadi kebiasaan kepada petani untuk mengekalkan kawasan kebun supaya bersih dan terjaga sempurna.


Buah Rambutan

Tip penjagaan kebun buah
- mengetahui sempadan kebun dan memastikan sistem perparitan dalam keadaan baik dan sempurna.
- mempunyai rekod tanaman pokok seperti dimana dibeli benih, bila ditanam, bilangan pokok, jenis pokok, jenis klon dan sebagainya.
- kebersihan kebun bergantung kepada kawalan rumpai dan sisa-sisa tanaman. Kaedah pembersihan kebun boleh menggunakan samada racun rumpai, biologi, konvensional atau jentera.
- Memastikan jarak tanaman yang sesuai mengikut sistem kanopi pokok. selain itu juga. memudahkan kerja penyelenggaraan seperti membaja , meracun dan mengutip hasil menggunakan traktor.



Setakat ini sahaja dulu tip kali ini. saya akan kemaskinikan nanti.Sekian terima kasih..



Durian Belanda

1 comment:

  1. 3-way-bet/betting-a-how-to-do/
    3-way-bet/betting-a-how-to-do 3-way-bet/betting-a-how-to-do 3-way-bet/betting-a-how-to-do. 5 answersBethlehemlehemlehem, PA — This casino is located in Bethlehem, Pennsylvania, on the outskirts of Lancaster, หาเงินออนไลน์

    ReplyDelete