Saturday, November 20, 2010

CANTUMAN MATATUNAS

PEMBIAKAN TAMPANG

Bagi tumbuh-tumbuhan yang membiak melalui biji, terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti. Diantara nya ialah buah terhasil menerusi proses pendebungan yang tidak lengkap. Ini berlaku apabila pendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak mempunyai sifat-sifat induknya yang asal. Selain dari itu pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya (berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan mengikut kualiti pokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan tampang diamalkan.
Pembiakan tampang dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok yang terpilih daripada pokok-pokok yang berbaka baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Bahagian-bahagian pokok yang boleh digunakan ialah mata tunas, ranting dan pucuk mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan.

Kaedah-kaedah pembiakan tampang.
  • Cantuman mata tunas
  • Cantuman baji (cantuman appolo)
  • Cantuman sanding
  • Tut pada pokok dewasa

  • Keratan ranting.
     
Cantuman mata tunas
Cantuman mata tunas adalah diantara kaedah pembiakan tampang yang mudah dan banyak diamalkan oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapak semaian pokok buah-buahan. Kejayaan kaedah ini lebih tinggi iaitu mencapai 80% hingga 90% bergantung pada jenis pokok, kemahiran penjagaan. Jenis-jenis pokok yang boleh dibiakkan dengan keadah ini adalah terdiri daripada pokok buah-buahan berbatang keras seperti durian, rambutan, pulasan dan mangga.
Peralatan asas yang diperlukan:
  • Anak benih dalam polibeg - pokok penanti
  • Pisau cantuman
  • Pita cantuman
  • Mata tunas dari pokok yang telah dipilih

  • Gunting pokok
Persiapan
Sediakan sepokok anak benih yang mempunyai saiz lilitan batangnya diantara 3cm hingga 4cm. Anak benih ini hendaklah yang tumbuh sihat dalam polibeg. Jangan gunakan anakbenih yang sedang berpucuk muda kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja mengopek kulit dari batangnya. Anak benih ini diistilahkan sebagai pokok penanti.
 
1
2
Dengan menggunakan pisau cantuman , buat kelaran lintang 1/3 daripada lilitan batang. Jarak kelaran dengan permukaan tanah didalam polibeg hendaklah di antara 12 hingga 15 cm.
Buat 2 kelaran dikiri dan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm. Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek kulit daripada batang bermula bermula dari kelaran lintang kebawah.
Sekarang pokok penanti telah pun siap untuk dibuat cantuman.

3
 
4
Pilih ranting dari pokok baka yang baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Saiz ranting hendaklah lebih kecil daripada batang pokoki penanti. Kemudian daun-daun yang ada pada ranting hendaklah dipotong dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan mata tunas yang terdapat diantara tangkai daun dengan ranting.
Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5 cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang.

8
Dengan menggunakan pita cantuman, balut batang pokok penanti bermula dari bahagian bawah tapak cantuman keatas. Semasa membalut, pastikan pita cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm diatas daripada mata tunas.

Penjagaan.
Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman.


Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Sekiranya didapati kulit mata tunas bewarna hijau, ini bererti cantuman yang telah dibuat telah pun berjaya. 7 hari kemudian, potong batang pokok penanti dengan menggunakan gunting pokok lebih kurang 15 cm dari paras cantuman. Ini perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan pucuk dipokok penanti dan bagi menggalakkan petumbuhan tunas pada bahagian cantuman.


Selepas 2 minggu, potong sebahagian lagi batang pokok penanti iaitu 2.5 cm dari paras cantuman. Ini akan membantu pembesaran pucuk mata tunas. Penanaman diladang bolehlah dilakukan apabila anak benih berumur diantara 8 hingga 10 bulan selepas cantuman dibuat. Dalam tempoh itu penjagaan hendaklah dibuat seperti biasa. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan merumput mesti dilakukan 1 bulan sekali diikuti dengan membaja setiap kali selepas kerja-kerja merumput.

5
6
 
7
Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kanan, tanggalkan kulit tunas daripada ranting. Mata tunas dapat dilihat disebelah dalam kulit tunas dan pastikan tunasnya tidak cacat ataupun tertinggal pada kayu ranting.
Kulit tunas ditampalkan dibahagian tetingkap yang telah dibuat terlebih awal pada pokok penanti.
Potong bahagian kulit tetingkap sedikit ke bawah dari mata tunas.


Thursday, November 11, 2010

Cara Menanam Pokok Buahan

Cara menanam .:
  1. Mengali lubang berukuran saiz  60 cm x 60 cm x 30 cm.
  2. Setiap lubang akan ditabur dengan Baja CIRP dengan kadar 150 gram / lubang.
  3. Tanah atas akan dimasukkan sedikit kedalam lubang, pastikan plastik polibeg dipotong dibahagian bawah.
  4. Tentukan anak benih durian diletakkan ditengah lubang dan pastikan tanah polibeg separas dengan paras tanah lubang.
  5. Seterusnya, Aquasoft - Jeli ditabur di keliling pokok dalam lubang dengan kadar 2 kg / pokok.
  6. Kerja menimbus dilakukan dengan menggunakan tanah atas dan bawah . Tanah perlulah ditinggikan sedikit dan dipadatkan.
  7. Pancangkan kayu sokongan disebelah pokok dan diikat dengan tali plastik supaya tumbuh tegak dan tidak tumbang.
  8. Kerja yang terakhir ialah  pokok durian yang telah ditanam perlulah disiram dan diselenggara mengikut jadual pembajaan yang telah ditetapkan, kerja-kerja meracun serangga dan kulat mengikut keperluan serangan dan kerja merumput perlu dilakukan dikeliling pokok.

Monday, November 8, 2010

PEMBANGUNAN KAWASAN BARU

KENALPASTI KEKURANGAN NUTRIEN POKOK

Nutrien untuk  Pertumbuhan



Unsur Nutrien Perlu
Peranan  Dalam tumbuhan
Nitrogen

Komponen utama dlm pembentukan klorofil, protein, asid nukliek dan protoplasma; mengalakan pertumbuhan  dan perkembangan semua tisu tumbuhan ; memperbaiki mutu sayuran jenis daun dan foder dan kandungan protein dalam bijirin; boleh bergerak dengan mudah dalam tumbuhan; selalu dipindahkan  ke bahagian  tumbuhan yang sedang membesar seperti daun  muda.

Kalium

Merangsangkan  enzim fotosintesis dan respirasi dan juga  enzim yang membantu dalam pembinaan  kanji dan protein;  selalu dipindahkan ke bahagian tumbuhan yang sedang membesar seperti daun muda.

Fosforus

Komponen penting protein, asid  nukleik dan adenosina trifosfat ( ATP); mempercepatkan  perkembangan  sel;  terlibat dalam pertumbuhan serta  perkembangan akar; boleh bergerak dalam tumbuhan dan dipindahkan ke daun muda atau buah  yang sedang masak




Tanda yang dapat dilihat pada tanaman  yang kekurangan unsur nutrien


Unsur Nutrien Perlu
Tanda Kekurangan Umum
Tanda Khusus  Pada tomato



Nitrogen

Daun menjadi kekuningan  tumbuhan terbantut, tumbuhan kering sebelum matang, daun akan gugur tumbuhan akan layu


Tumbuhan tidak begitu besar, daun kekuningan  atau kering,bilangan buah sedikit sahaja, daun dibahagian bahawa gugur



Kalium

Daun bertompok-tompok, daun berbintik-bintik, daun berpilin


Warna kekuningan di pinggir daun warna kekuningan beransur-ansur merebak ke bahagian tengah daun, akhirnya seluruh daun  melecuh. Tanda ini bermula pada daun  dibahagian bawah pokok




Fosforus

Tumbuhan terbantut, batang menjadi kurus, tumbuhan lambat matang, daun berwarna antara hijau tua dengan  hijau kebiruan, tanda kekurangan bermula pada daun tua


Pertumbuhan pokok terrencat, daun masih  hijau walaupun buah tiada langsung



Kesuburan tanah akan terjejas jika tanah mempunyai  sifat seperti berikut

a)       Kandungan  nutrien  yang rendah
b)       Keadaan tanah berasid
c)       Tanah berlempung
d)       Tanah berpasir


Cara Membaiki Keadaan Tanah

a)       Pembajaan
b)       Pengapuran
c)       Pemugaran
d)       Penggunaan bahan organik
e)       Pengurusan air
f)        Pencegahan  dan pengawalan hakisan tanah

Pembajaan
1.       Nutrien tumbuhan boleh dibekal samada dengan baja kimia atau baja organik
2.       Baja organik kandungan  nutrien rendah tetapi boleh memperbaiki struktur tanah

TIp Penjagaan Terbaru

saya ingin kongsikan pula tips penjagaan rambutan untuk tambahan pengetahuan anda.

PENJAGAAN POKOK RAMBUTAN

PENGENALAN

Rambutan tergolong dalam famili Sapindaceae dan nama saintifiknya ialah Nephelium lappaceum linn.
Pokok rambutan mempunyai 2 musim buah yang utama iaitu bulan Jun hingga Ogos dan musim kedua pada bulan Disember hingga Januari. Musim boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok. Manakala jarak tanaman yang sesuai bagi pokok rambutan ialah 9 meter x 9 meter dengan menggunakan sistem barisan empat segi ataupun tiga segi.

Secara umumnya, pokok rambutan kahwin atau klon boleh mengeluarkan buah pada umur 3 tahun lebih selepas ditanam. Bagi mengalakkan pengeluaran buah rambutan yang banyak dan lebat, kerja penyelenggaraan perlu dilakukan seperti memangkas, membaja, kawalan penyakit dan perosak. Tempoh kematangan buah rambutan adalah 100 hingga 130 hari iaitu 3 – 4 bulan dari bunga kembang hingga buah masak.

Pokok rambutan mudah dibiak dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas. Pemilihan matataunas yang subur, matang dan berkualiti membolehkan kadar peratus cantuman yang berjaya adalah tinggi. Kaedah pembiakan ini memerlukan dua komponen yang utama iaitu pokok penanti dan matatunas dari pokok baka yang terpilih. Cantuman matatunas yang berjaya akan di letakkan di dalam rumah naungan sementara. Anak pokok rambutan perlu diselenggara dengan baik dan teratur supaya pokok cepat membesar. Apabila anak pokok mencapai umur 5 bulan selepas dicantum, ia boleh ditanam dikebun atau ladang.

Setakat ini, klon buah rambutan yang popular di UPM ialah R99 ( Gula Batu ),  R156 ( Muar Gading ), R162 ( Oh Heok ), R191 ( Anak Sekolah ) dan Rambutan Seedless. Setiap buah rambutan mempunyai perbezaan dari segi bentuk buah, rasa isi, ketebalan isi, warna kulit buah, bentuk daun dan pokok.

TIP  PENJAGAAN

Antara tip penjagaan yang dapat dikongsi pada ruangan kali ini adalah seperti berikut.:

Pengairan
Pastikan pokok rambutan ditanam pada musim hujan supaya mendapat bekalan air yang secukupnya.
Pokok rambutan memang memerlukan sekurang-kurangnya 18 liter air sehari di peringkat awal  penanaman. Oleh sebab itu, pokok  rambutan perlu di siram 2 kali sehari iaitu awal pagi dan lewat petang.

Pemangkasan
Pokok rambutan perlu dibentuk dari awal pertumbuhan dengan membiarkan 3 hingga 4 dahan utama manakala dahan yang meninggi dipotong.
Tunas yang tumbuh pada dahan utama perlu dipangkas rapat pada permukaan dahan.
Ranting yang melempai ke bawah dan tidak produktif perlu dipangkas.
Bagi pokok rambutan yang telah mencapai umur matang tetapi tidak berbuah dicadangkan supaya bahagian dahan dan ranting yang tidak diperlukan perlulah dipangkas untuk membantu pokok berbunga serta berbuah.

Pembajaan
Bagi baja tumbesaran iaitu NPK Hijau 15:15:15, ianya perlu diberikan kepada pokok  mengikut kadar tertentu pada peringkat umur 1 tahun hingga 3 tahun dengan kekerapan 4 kali setahun.
Manakala baja buah iaitu NPK Biru 12;12:17:2 pula, ianya perlu di tabur di keliling kanopi pokok  pada  peringkat umur 4 tahun  dan keatas dengan kekerapan 3 kali setahun.
Selepas habis musim buah, baja organik dan baja buah perlu di tabur untuk mengantikan baja yang telah hilang.


Kawalan penyakit dan perosak
Serangga yang menyerang pokok rambutan seperti ulat buah, kumbang pemakan daun, ulat lipat pucuk perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga yang sesuai.
Penyakit yang menyerang pokok rambutan seperti kulapuk berdebu, kulapuk hitam. penyakit kanker rambutan dan penyakit bntik alga perlu dikawal dengan menggunakan racun kulat yang sesuai dan kerja penyelenggaraan yang teratur.





Monday, November 1, 2010

Pengenalan

Dengan adanya blog ini, dapatlah saya berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk memberikan panduan, nasihat atau pertanyaan tentang projek pertanian dan apa-apa pun juga masalah yang berkaitan dengan tanaman. Semoga blog ini dapat menjadi wadah kepada pembangunan pertanian dinegara kita ini. Pertanian adalah sebagai sumber pendapatan dalam perniagaan.
wasalam.
_________________________________________________________




Ruangan pertama saya ini, dikongsikan tips penjagaan pokok durian.



PENGENALAN

Pokok Durian mempunyai dua musim buah yang utama dalam setahun iaitu pada bulan Jun hingga Ogos bagi musim pertama dan musim berikutnya pada bulan November hingga Januari. Manakala, Durian tergolong dalam famili Bombacaceae dan nama saintifiknya ialah Durio zibethinus Murr.

Di kalangan penggemar buah-buahan tempatan, buah Durian dikenali sebagai Raja Buah disebabkan ianya mempunyai rasa yang pelbagai dan unik serta bau yang kuat. Diantara klon buah Durian yang amat popular dan digemari ialah seperti klon D2 ( Dato Nina ), D7, D24 , D99 ( Kop Kecil ), D101 ( IOI ), D168  ( Mas Muar/ Hajah Asmah ) , D175 ( Udang Merah ), dan D197 ( Raja Kunyit ).

Bagi pembiakan pokok durian pula, ianya mudah dibiak dengan menggunakan kaedah Cantuman Matatunas dan Baji. Ianya dibiak dengan menggunakan pokok penanti dan matatunas dari pokok baka yang terpilih. Selepas cantuman, pokok yang telah berjaya dicantum boleh ditanam diladang apabila mencapai umur 12 bulan ke atas. Apabila pokok durian mencapai umur kematangan, iaitu 5 tahun hingga 7 tahun, buah durian yang gugur mempunyai rasa dan kualiti buah yang bermutu tinggi mengikut grednya.

Tip Penjagaan

Perkara yang amat penting selepas menanam anak pokok Durian ialah penjagaan, yang bermula dari awal pertumbuhan hingga mengeluarkan hasil . Tip penjagaan pokok Durian adalah seperti berikut.:

Pengurusan Air
§  Bagi anak pokok durian yang baru ditanam adalah digalakkan menggunakan bakul buluh, pelepah sawit atau kelapa untuk mengawal suhu pokok dan kelembapan tanah.
§  Penggunaan sabut kelapa dan sisa rumput kering yang di letakkan di pangkal pokok  juga boleh membantu mengawal kelembapan tanah.
§  Manakala, cuaca yang panas boleh mengakibatkan pokok durian menjadi layu dan terencat disebabkan kekurangan air. Oleh itu, anak pokok durian perlu di siram sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pada awal pagi dan lewat petang.
§  Jika anak pokok ditanam di kebun yang jauh dari rumah, digalakkan menggunakan botol air yang ditebuk kecil pada bahagian penutup dan bahagian bawah pula di potong keliling. Seterusnya, botol perlu diletakkan disebelah pokok dan di sokong dengan kayu.  Apabila hujan turun, air akan bertakung dan disalurkan terus ke pokok.

Kawalan Rumpai
§  Racun rumpai sistemik tidak boleh digunakan di kawasan durian yang berumur kurang dari 2 tahun kerana merosakkan akar yang sangat aktif mengambil makanan.
§  Kawalan rumpai menggunakan cangkul atau sungkupan boleh mengawal rumpai di keliling pokok dan memudahkan kerja penyelenggaran seperti membaja.

Pembajaan
§  Pokok durian digalakkan menggunakan Baja tumbesaran iaitu NPK Hijau  15:15:15 pada peringkat awal pertumbuhan dan Baja buah iaitu NPK Biru  12:12:17:2 pada peringkat pokok berbuah.
§  Pembajaan anak pokok durian di lakukan dengan menggunakan kaedah tabur terus di keliling kanopi dan dikambus dengan tanah. Elakkan baja diletakkan pada pangkal pokok.
§  Pokok  durian yang sedang mengeluarkan bunga tidak boleh ditabur dengan baja kerana boleh mengakibatkan bunga durian menjadi kering dan gugur.
§  Digalakkan menggunakan baja organik ( tahi ayam yang telah reput) untuk memberikan baja tambahan pada pokok  supaya dapat menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi dan berkualiti.
Pemangkasan
§  Pokok durian di bentuk dengan menggunakan sistem batang utama  ( Central leader ) pada peringkat awal. Ianya dibentuk dengan membiarkan satu batang utama sahaja yang tumbuh, manakala dahan kiri dan kanan perlu tumbuh secara mendatar.
§  Tujuan utamanya ialah untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan kematangan pokok durian.
§  Kerja pemangkasan penjagaan perlu dilakukan supaya dapat mengawal pertumbuhan pokok, menjaga kesihatan pokok dan mengawal saiz tumbesaran pokok durian.
§  Pangkas tunas air yang tumbuh menegak pada dahan primer, ranting yang tidak produktif dan  ranting yang melempai ke tanah serta dahan yang mati dan berpenyakit.
§  Di galakkan membentuk dahan pembuahan yang bersudut tirus atau kecil supaya mendatar. Hujung ranting perlu diikat  dengan menggunakan tali, ditarik kebawah dan diikat pada besi atau kayu yang dipacak di tanah sehingga dahan tersebut mendatar. Kelebihannya ialah dahan yang mendatar boleh mengeluarkan buah yang banyak.

 Kawalan Penyakit Dan Perosak

§  Apabila musim hujan tiba, pokok durian mudah diserang dengan penyakit kulat iaitu hawar daun yang mana kebiasaanya menyerang pada bahagian pucuk iaitu daun muda. Kesannya, daun muda mulai gugur pada bahagian pucuk dan boleh mengakibatkan pokok mati. Gunakan racun kulat untuk mengawal penyakit hawar daun ini.
§  Penyakit kanker batang perlu dirawat dengan menggunakan racun kulat  yang dibancuh dengan air, ianya perlu disapu pada bahagian batang yang diserang dengan kekerapan 2 kali sebulan. Sebelum disapu , bahagian batang yang dijangkiti perlu dikikis dahulu dan dirawat.
§  Bancuhan racun kulat hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan pada label supaya dapat mengawal dan mengelakkan dari penyakit berjangkit.
§  Bagi pokok durian yang dijangkiti penyakit kanker pada  tahap yang kritikal, tindakan segera perlu dilakukan dengan memusnahkan pokok tersebut bagi mengelakkannya berjangkit ke pokok yang bersebelahan.
§  Apabila tiba musim buah, pastikan buah yang rosak dan pecah dikutip serta dibuang supaya tidak menjadi tempat pembiakan kulat dan serangga.
§  Pokok durian hendaklah ditabur dengan menggunakan Baja organik ( tahi ayam ) dan Baja buah iaitu NPK Biru  12:12:17:2 supaya menggantikan dan membekalkan nutrient yang hilang pada pokok.


__________________________________________________


Ruangan Kedua saya pula ialah tip penjagaan pokok cempedak :


PENGENALAN

Pokok cempedak adalah sejenis tumbuhan yang amat digemari dan banyak di tanam dikampung dan kebun. Pokok cempedak boleh mengeluarkan hasil apabila berumur 3 hingga 4 tahun selepas penanaman diladang. Manakala, hasil buah cempedak akan bertambah dengan banyaknya apabila diberikan penjagaan yang sempurna sejak dari awal penanaman lagi.
Cempedak tergolong dalam famili Moraceae dan nama saintifiknya ialah Artocarpus champeden.
Jarak tanaman yang disyorkan bagi anak pokok cempedak ialah 9 m x 9 m dengan menggunakan sistem empat segi sama atau segitiga. Bagi anak pokok yang ditanam dengan menggunakan sistem empat segi, bilangan anak pokok yang boleh ditanam ialah 123 pokok sehektar.
Klon cempedak yang ditanam di kawasan ladang UPM ialah seperti klon CH 26           ( Paya Jaras ), CH 27, CH 28, CH 29 ( Kuang 4 ), CH 30 ( Kuang 5 ), CH 31, CH 33
 ( Syin ) dan CH 35 ( Sri Temoh ).  

TIP  PENJAGAAN

Antara tip penjagaan yang dapat dikongsi pada ruangan kali ini adalah seperti berikut .:

Pengairan
ü  Penggunaan batang pisang yang dibelah dan dipotong boleh digunakan untuk mengawal kelembapan tanah. Apabila kepingan batang pisang telah berubah menjadi kering atau berbau busuk, ianya perlu digantikan dengan yang lain .
ü  Elakkan menyiram pada pangkal pokok cempedak bagi mengelakkan tanah terhakis.
ü  Gunakan sungkupan untuk mengawal kelembapan tanah dan kawalan rumpai.
ü  Kerja menyiram perlu dilakukan 2 kali sehari atau ditanam pada musim hujan.

Kawalan  rumpai
ü  Penggunaan sungkupan seperti sisa tumbuhan, sabut kelapa, tempurung biji kelapa sawit dapat mengawal pertumbuhan rumpai.
ü  Kawal rumpai dengan menggunakan cangkul atau racun rumpai dikeliling  kanopi pokok.

Pembajaan
ü  Baja tumbesaran/daun digunakan pada peringkat awal penanaman dari tahun 1 hingga 3. Baja yang digunakan ialah baja NPK Hijau 15:15:15 ditabur dikeliling pokok dengan kekerapan 3-4 kali setahun. Kadar yang digunakan bergantung kepada umur pokok, kesuburan tanah dan analisa tanah/daun.
ü  Baja buah yang biasa digunakan ialah baja NPK Biru 12:12:17:2 dengan kekerapan 3 kali setahun. Pembajaan pokok cempedak dilakukan pada 3 peringkat iaitu sebulan sebelum pokok berbuah, sebulan setelah buah berputik dan selepas kutipan hasil.
ü  Pastikan pokok  cempedak yang berbunga tidak ditabur dengan baja kimia kerana bunga cempedak akan layu, kering dan gugur.
ü  Penggunaan baja organik /tahi ayam dapat membantu membekalkan nutrient pada pokok dan meningkatkan hasil buah cempedak.
Pemangkasan
ü  Elakkan daripada pemangkasan yang keterlaluan.  Pemangkasan yang keterlaluan boleh mengencatkan pertumbuhan pokok.
ü  Pokok cempedak perlu di bentuk dengan menggunakan sistem batang utama   dengan membiarkan satu batang utama sahaja yang tumbuh dan dahan utama digalakkan tumbuh mendatar.
ü  Dahan yang mendatar akan mengeluarkan bunga dan buah apabila mencapai umur matang. Pastikan tunas air yang tumbuh dipangkas untuk elakkan persaingan mendapatkan makanan.
ü  Kerja pemangkasan penjagaan dan pembentukan perlu dilakukan supaya dapat mengawal pertumbuhan pokok, menjaga kesihatan pokok dan mengawal saiz tumbesaran pokok.
ü  Pangkas tunas air yang tumbuh menegak pada dahan primer, ranting yang tidak produktif , ranting yang melempai ke tanah, dahan yang mati dan berpenyakit.

 Kawalan penyakit
ü  Penyakit tanaman cempedak yang paling serius ialah penyakit mati rosot yang menyerang bahagian dahan dan pangkal pokok. Bahagian yang di jangkiti mengeluarkan damar yang berwarna putih kekuningan.   
ü  Sekiranya serangan dapat dikesan awal, dahan ini perlu dipangkas dan di bakar.
ü  Penyakit reput putik buah biasanya menyerang pada putih muda yang mengakibatkan putik manjadi hitam dan gugur. Semburan racun kulat 2 minggu sekali pada peringkat pembungaan.

Kawalan Serangga
ü  Pokok cempedak biasanya diserang oleh serangga seperti pongorek buah, pengorek batang cempedak dan lalat buah. Penggunaan racun serangga yang bersesuaian mengikut simptom-simptom serangan serangga adalah amat penting sekali.
ü  Penyemburan racun serangga perlu mengikut jadual yang tertentu dan berkala.