Wednesday, October 17, 2012

LIMAU MADU

Pokok limau madu sanagt cepat berbuah dan mengambil masa 8 bulan hingga 1 1/2 tahun untuk berbuah.Buah yang manis tidak jadi dengan sendirinya, ia perlu ditambahkan dengan baja pemanis buah seperti baja calcium, malameal, organik dan sebagainya.Buah limau mendapat permintaan yang tinggi dan boleh ditanam disekitar halaman rumah. Pokoknya rendang dan bercabang2 menjadikan pokoknya mudah dipetik buahnya dan digalakkan dibentuk dari peringkat awal lagi.

Sunday, October 7, 2012

Pulasan Madu

Buah pulasan mempunyai rasa yang sangat manis berbanding dengan rambutan. walaupun satu famili kedua-dua buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Pokok pulasan boleh ditanam dikawasan halaman rumah kerana tidak besar dan rendang. Mula mengeluarkn buah umur 4 tahun selepas ditanam.Pulasan amt mudah ditanam dan tidak banyak masalah. Harga pulasan mencecah RM 5.00 hingga RM 10.00 sekilogram.
Pulasan mempunyai masalah buah yang kesep/kecil. antara penyebab utama ialah masalah kekurangan baja dan air. Digalakkan menabur baja tahi ayam 5-10 kilogram sepokok setahun/ dibahagi 2 kali. Semasa berputik digalakkan ditabur baja buah ( tahun pertama 500 gram dan ditambah 500 gram pada tahun kedua dan seterusnya) dan disiram untuk memudahkan air membawa nutrien ke pokok dengan cepat dan mudah.Jarak pokok pulasan 30 x 30 '.
Nangka Mastura ( J37)

Nangka mastura telah di keluarkan dalam tahun 2000 dan kini telah didaftarkan menggunakan no pendaftaran J 37. Isinya yang sangat besar dan tebal menjadikan nangka ini mendapat permintaan ramai sekarang. Harga sepokok mencecah RM 15.00 dan cepat menghasilkan buah iaitu 2- 3 tahun selepas ditanam dikebun.
Buahnya boleh mencapai sehingga 45 kilogram sebiji dan kebiasaanya diperingkat awal pembuahan tidaklah seberat maksimum.