Sunday, October 7, 2012

Pulasan Madu

Buah pulasan mempunyai rasa yang sangat manis berbanding dengan rambutan. walaupun satu famili kedua-dua buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Pokok pulasan boleh ditanam dikawasan halaman rumah kerana tidak besar dan rendang. Mula mengeluarkn buah umur 4 tahun selepas ditanam.Pulasan amt mudah ditanam dan tidak banyak masalah. Harga pulasan mencecah RM 5.00 hingga RM 10.00 sekilogram.
Pulasan mempunyai masalah buah yang kesep/kecil. antara penyebab utama ialah masalah kekurangan baja dan air. Digalakkan menabur baja tahi ayam 5-10 kilogram sepokok setahun/ dibahagi 2 kali. Semasa berputik digalakkan ditabur baja buah ( tahun pertama 500 gram dan ditambah 500 gram pada tahun kedua dan seterusnya) dan disiram untuk memudahkan air membawa nutrien ke pokok dengan cepat dan mudah.Jarak pokok pulasan 30 x 30 '.
Nangka Mastura ( J37)

Nangka mastura telah di keluarkan dalam tahun 2000 dan kini telah didaftarkan menggunakan no pendaftaran J 37. Isinya yang sangat besar dan tebal menjadikan nangka ini mendapat permintaan ramai sekarang. Harga sepokok mencecah RM 15.00 dan cepat menghasilkan buah iaitu 2- 3 tahun selepas ditanam dikebun.
Buahnya boleh mencapai sehingga 45 kilogram sebiji dan kebiasaanya diperingkat awal pembuahan tidaklah seberat maksimum.

Thursday, August 9, 2012

Manggis

Buah mangga mengandungi pelbagai khasiat apabila dimakan dan boleh mencegah dan mengawal kanser. Daun manggis biasanya digunakan oleh orang kampung untuk mandian ibu selepas bersalin. Perlu dicampur juga dengan daun-daun yang lain ( serai, pandan, jambu batu,limau purut dan lain2 ).
Manakala pokok manggis yang ditanam mula mengeluarkan buah selepas 7 - 8 tahun ditanam. Pertumbuhan pokok manggis sangat lambat dan memerlukan masa yang lama untuk membesar. Harga buah manggis sangat mahal. Terdapat pokok manggis yang dinamakan sebagai Manggis Mesta (GA2). Buahnya bujur dan amat unik dan biasanya buah dieksport ke JEPUN.