Durian D197 dikenali sebagai raja kunyit atau musang king yang amat popular kini, ia merupakan klon yang terakhir didalam senarai klon durian dimalaysia yang didaftar dengan nombor pendaftaran 197.
Diantara klon durian yang popular di semanjung ialah D168, D197,D159, D24,D2,D175, D148,D190,D188 dan lain-lain lagi.
Anda boleh rasakan kenikmatan buah durian apabila berada dikebun durian dengan mencari dan mengopek buah durian yang baru sahaja gugur. oleh itu, digalakkan menanam durian dengan pelbagai klon.
Thursday, June 16, 2011
Tuesday, April 5, 2011
Kajian klon durian pertingkat kualiti
Durian telah ditemui di rantau Asia Tenggara terutama di Brunei, Indonesia dan Malaysia dan mula dikenali di dunia Barat lebih 600 tahun lalu.
Pada abad ke-19, pakar alam sekitar British, Alfred Russel Wallace menggambarkan durian sebagai sejenis makanan yang kaya dengan isi dan mempunyai aroma cukup kuat.
Isi durian boleh dimakan mentah, sebagai perisa dalam masakan, digunakan sebagai manisan malah biji juga boleh digunakan dalam masakan.
Durian yang dikenali sebagai raja buah mempunyai saiz sehingga 30 sentimeter (sm) dengan berat mencapai tiga kilogram (kg).
Isinya mengeluarkan aroma menusuk walaupun sebelum dibuka. Ada yang menggemarinya, tetapi ada juga yang mendapati baunya kurang menyenangkan.
Sebab itu durian tidak dibenarkan dalam pengangkutan awam dan hotel.
Tetapi disebabkan permintaan terhadap raja buah ini cukup tinggi, maka kajian untuk menghasilkan durian yang terbaik juga tidak pernah terhenti.
Kajian mengenai durian di negara ini bermula sejak zaman penjajahan British dengan Jabatan Pertanian sebagai badan yang bertanggungjawab dalam penyelidikan.
Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Pusat Pembangunan Komoditi, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Ramli Md. Afandi, berkata semasa zaman penjajahan British kajian melibatkan pengumpulan koleksi durian.
“Malah pendaftaran durian D1 telah mula dilakukan pada tahun 1934 yang berasal dari Ulu Langat, Selangor.
“Manakala D2 atau Datuk Nina yang berasal dari Melaka juga didaftarkan pada tahun yang sama,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Selangor.
Ini bermakna kajian berkaitan dengan durian telah dijalankan seawal 1900 oleh kerajaan British ketika itu.
Semuanya menjurus kepada pengumpulan, tanaman dan pemilihan durian yang terbaik dari segi hasil, rasa, warna dan isi yang tebal.
Ekoran itu Jabatan Pertanian mempunyai ladang komersial atau ladang contoh bagi mengumpulkan semua koleksi durian dari seluruh negara.
Kebanyakan durian dikenali dengan nama biasa serta nombor kod yang bermula dengan huruf D.
“Kini terdapat 73 klon yang ditanam di Serdang termasuk durian hutan bermula dengan D2 sehingga kepada D197.
“Bukan semua klon durian yang dikaji dapat disimpan kerana ada yang telah hilang atau luput,” katanya.
Kini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi mencari semula klon-klon kerana sebelum ini sebahagian besar yang ditanam di Ulu Paka, Terengganu banyak yang mati dan hilang.
Dalam program pengeluaran benih, Jabatan Pertanian menerusi Jawatankuasa Pengesyoran Kultivar mencadangkan durian yang terkenal dan disyorkan untuk ditanam oleh jabatan tersebut adalah D24, D99, D145, D168, D158, D159, D123 dan D144.
Bagaimanapun bukan semua orang menggemari klon durian yang sama. Misalnya di Kelantan, mereka menggemari MusangKing, Johor D168 atau 101, Pahang dengan D145 manakala Perak terkenal dengan D24.
Jabatan Pertanian mempunyai beberapa stesen yang menjalankan penyelidikan berkaitan durian seperti di Stesen Air Hitam, Johor; Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Goh, Pahang, Ajil di Terengganu dan Batang Merbau di Kelantan.
Bagaimanapun durian banyak ditanam di negeri Johor, Perak dan Pahang.
Wednesday, March 23, 2011
Jambu Air Madu
PENGENALAN
Jambu air madu tergolong didalam keluarga Myrtaceae dan nama botaninya ialah Syzygium aqueum.
Buah jambu mempunyai potensi yang tinggi untuk dimajukan dan mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pengemar buah-buahan tempatan. Kebiasaanya buah jambu air dimakan segar kerana mempunyai rasa yang sederhana manis /manis, sangat lembut dan rapuh.
Pokok jambu air madu mudah dibiak dengan menggunakan kaedah pembiakan secara tut (pengakaran). Pembiakan secara tut ini amat mudah dan senang dilakukan samada menggunakan tanah campuran (dikepalkan) atau media pengakaran (jiffy7). Kebiasaanya pembiakan tut mengambil masa 30-45 hari untuk mengeluarkan akar dan pindahkan kedalam polibeg kecil.
Untuk tanaman di kebun, jarak tanaman yang disyorkan ialah 4 m x 4 meter dengan menggunakan sistem segiempat sama. Kepadatan pokok untuk sehektar ialah 625 pokok.
Antara klon jambu air yang banyak ditanam di ladang UPM ialah jambu air merah, jambu air hijau, jambu air kristal, jambu air semarang dan lain-lain.
Pokok jambu air mula mengeluarkan buah secara produktif pada mula 1 hingga 3 tahun selepas penanaman. Penjagaan yang teratur dan sempurna dapat menjamin kualiti buah terbaik dan bermutu tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)