Wednesday, March 23, 2011

Jambu Air Madu

PENGENALAN

Jambu air madu tergolong didalam keluarga Myrtaceae dan nama botaninya ialah Syzygium aqueum.
Buah jambu mempunyai potensi yang tinggi untuk dimajukan dan mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pengemar buah-buahan tempatan. Kebiasaanya buah jambu air dimakan segar kerana mempunyai rasa yang sederhana manis /manis, sangat lembut dan rapuh.
Pokok jambu air madu mudah dibiak dengan menggunakan kaedah pembiakan secara tut (pengakaran). Pembiakan secara tut ini amat mudah dan senang dilakukan samada menggunakan tanah campuran (dikepalkan) atau media pengakaran (jiffy7). Kebiasaanya pembiakan tut mengambil masa 30-45 hari untuk mengeluarkan akar dan pindahkan kedalam polibeg kecil.
Untuk tanaman di kebun, jarak tanaman yang disyorkan ialah 4 m x 4 meter dengan menggunakan sistem segiempat sama. Kepadatan pokok untuk sehektar ialah 625 pokok.
Antara klon jambu air yang banyak ditanam di ladang UPM ialah jambu air merah, jambu air hijau, jambu air kristal, jambu air semarang dan lain-lain.
Pokok jambu air mula mengeluarkan buah secara produktif pada mula 1 hingga 3 tahun selepas penanaman. Penjagaan yang teratur dan sempurna dapat menjamin kualiti buah terbaik dan bermutu tinggi.